Saturday 13 October 2012

Bincangkan sistem dan peranan Raja di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.

A. Pengenalan: (3m)
1. Sistem beraja di negeri-negeri Melayu diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka.
Bentuk pemerintahan tertua dan telah lama diamalkan di negeri-negeri Melayu seperti di
Perak,Kedah,Pahang dan Johor.
2. Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial masy Melayu tradisional.
Mempunyai kuasa mutlak dalam aspek politik,ekonomi dan sosial.
3. Sistem beraja pada umumnya berdasarkan Adat Temenggung dan Adat Perpatih.

B. ISI

Sistem beraja (8m)
1.Negeri-negeri Melayu seperti Perlis,Kelantan,Terengganu,Pahang,Selangor dan Perak
mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Temenggung. Perlantikan sultan atau
raja adalah secara perwarisan takhta. Apabila raja mangkat baginda akan digantikan oleh
putera gahara sulung sahaja. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, hak perwarisan takhta
boleh diberi kepada saudara lelaki sultan atau raja. Walau bagaimanapun hak perwarisan
takhta bukanlah mutlak kerana pembesar-pembesar mempunyai pengaruh yang besar dalam
melantik orang lain sebagai sultan.
2.Sistem perwarisan takhta di Perak sedikit berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain. Perak
mengamalkan sistem pemerintahan secara bergilir. Mengikut sistem penggantian bergilir,
apabila sultan mangkat, Raja Muda akan dilantik menjadi sultan, Raja Bendahara menjadi Raja
Muda, Raja Dihilir menjadi Raja Bendahara dan putera sulung sultan dilantik menjadi Raja
dihilir.
3.Putera gahara sulung mesti melalui tiga peringkat jawatan sebelum ditabalkan menjadi sultan
atau raja. Walau bagaimanapun adakalanya sistem penggantian bergilir tidak diikuti kerana
pembesar boleh mengenepikan sesiapa yang tidak disukai atau dianggap tidak sesuai dan
memilih mana-mana raja yang disukai sebagai sultan
4.Sistem politik yang diamalkan di Negeri Sembilan berasaskan Adat Perpatih. Pemerintahnya
bergelar Yang di-Pertuan Besar. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berbeza
dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar dianggap lebih
demokratik kerana dipilih atau dilantik oleh Undang Berempat iaitu Undang Sungai Ujong,
Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau.
5.Undang Berempat akan memilih pengganti Yang di-Pertuan Besar daripada kalangan putera
baginda. Undang Berempat boleh juga memilih orang lain yang dianggap layak dengan
memberi keutamaan kepada saudara lelaki Yang di-Pertuan Besar yang memerintah itu.
Sekiranya Yang di-Pertuan Besar tiada putera atau saudara lelaki, orang lain yang dianggap
layak akan menggantikan Yang di-Pertuan Besar.


Peranan Sultan sebelum campur tangan British (12m)
1.Menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Rakyat tidak
boleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang Sultan. Berkuasa menjatuhi hukuman
mati dan memberi pengampunan dalam kes jenayah, salah laku dsbnya.
2.Seseorang sultan/raja sedaya-upaya memerintah dengan adil, saksama, bijaksana dan
bermuafakat untuk mewujudkan negeri yang aman dan sejahtera.
3.Baginda dianggap lambang perpaduan, sultan dianggap suci dan kudus. Sultan juga
dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu titah sultan tidak boleh disanggah. Ini
bermakna segala urusan pemerintahan raja adalah perintah Allah.
4.Kedudukan sultan yang suci diperkukuhkan melalui konsep daulat iaitu mempunyai
kebolehan istimewa, adil, bekuasa dan berwibawa. Daulat adalah batas pemisah antara
sultan dengan rakyat. Rakyat yang enggan mengakui kedaulatan sultan dianggap menderhaka
dan akan ditimpa tulah atau kecelakaan.
5.Konsep daulat akan mengukuhkan dan meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Konsep
daulat diperkukuhkan dengan penggunaan bahasa dalam, warna kuning dan putih. Payung
kuning untuk anak raja, payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran seperti cop mohor, nobat,
pedang dan keris kerajaan dan sebagainya.
6.Perpaduan dan keharmonian rakyat amat diutamakan kerana kewibawaan seseorang sultan
bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya.
7.Baginda menjadi ketua angkatan tentera. Jika berlaku peperangan sultan akan mengetuai
angkatan tentera mempertahankan negara.
8.Sultan mempunyai kuasa untuk melaksanakan sistem kerah iaitu rakyat diwajibkan
melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan/raja tanpa upah dalam tempoh tertentu.
Pembesar dengan perintah sultan / raja boleh mengerahkan rakyat membuat kerja membina
istana, menjadi tentera, membina jambatan dan sebagainya.
9.Sultan/raja mempunyai kuasa memungut cukai ke atas kawasan yang ditadbir baginda
dan mengutip cukai dari kawasan pedalaman. Contoh Sultan Abd Samad menerima cukai hasil
bijih dari Kelang daripada Raja Mahadi.


C. Kesimpulan.(2m)
1. Campur tangan British telah menjejaskan sistem, peranan dan tanggungjawab sultan/raja.
2. Walau bagaimanapun kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-Raja, yang tujuannya untuk
menasihati Pesuruhjaya Tinggi, perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara seperti
perhubungan, migrasi, perlantikan pegawai kanan kerajaan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment