Saturday 13 October 2012

Huraikan sistem ekonomi yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum campur tangan British 1874

.
A. PENGENALAN
1. Sebelum campur tangan British, sistem ekonomi Tanah Melayu bersifat sara diri.
Ekonomi sara diri bermaksud melakukan pelbagai kegiatan ekonomi secara kecilkecilan
untuk menyara diri dan keluarga sahaja. Sekiranya ada lebihan, barulah
dijual atau aktiviti pertukaran mendapatkan barang-barang keperluan lain yang
tidak dihasilkan sendiri boleh dijalankan.
2. Kegiatan terpenting ialah pertanian.Di samping itu, terdapat juga kegiatan
perikanan, berburu, penternakan, mengutip hasil hutan dan pertukangan.
3. Di samping itu, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan kegiatan ekonomi
komersial seperti pertanian dagangan, perlombongan dan perdagangan.
B. ISI
i. Ekonomi Sara Diri
Pertanian
1. Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama. Terdapat dua jenis padi
utama. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah dan rata. Ia
memerlukan air yang banyak. Padi huma atau padi bukit ditanam dikawasan tanah
tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak. Kawasan
penanaman padi yang utama ialah di Kedah Perlis,Seberang Prai, Negeri Sembilan
,Pahang dan Kelantan.
2. Sistem pengairan dapat memajukan sistem penanaman padi pada awal abad ke--19.
Terdapat 3 jenis pengairan yang digunakan iaitu kincir air, terusan dan empangan.
Pada tahun 1885, terusan Wan Mat Saman sepanjang 32km telah dibina di Kedah
untuk mengairi sawah padi. Padi dari negeri Kedah dan Perlis mendapat pasaran
yang baik di Pulau Pinang. Selain itu, Kedah turut menjalankan sistem pajak
(ampun kurnia) yang dianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari Pulau Pinang
untuk mengusahakan kegiatan ekonomi tertentu
3. Selain itu, terdapat juga tanaman lain seperti kopi, tembakau, sagu, pisang, jagung,
tebu, ubi kayu, lada hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam untuk
kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis, langsat dan lain-lain. Terdapat
juga pokok pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai
perniagaan. Jika berlebihan, ia akan dijual untuk membeli barangan yang tidak
mereka hasilkan seperti pakaian.
Perikanan
1. Merupakan aktiviti utama penduduk yang menetap di tepi laut,sungai dan tasik
dengan menggunakan peralatan tradisional seperti bubu,lukah,serkap,jala dan kelong.
2. Di Pantai Timur kegiatan perikanan antara bulan Mac dan Oktober. Musim
Tengkujuh pula tangkapan tertumpu di sawah padi dan tasik.
3. Jika ada lebihan tangkapan dihasilkan pula makanan seperti belacan, cencaluk, budu,
keropok dan ikan kering.
Berburu
1. Kegiatan memburu binatang untuk mendapatkan sumber makanan juga dijalankan
seperti pelanduk, kancil dan ayam hutan.
2. Kegiatan menjerat gajah dilakukan untuk dijadikan binatang pengangkutan
terutamanya di Pahang.
Ternakan
1. Ternakan secara kecil-kecilan seperti lembu, kerbau dan ayam itik dilakukan
disamping kegiatan pertanian.
2. Binatang ternakan juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.
Memungut Hasil Hutan
1. Kegiatan sampingan lain dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional ialah
mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca, pelutung, kayu dan buluh.
Dalam masyarakat Melayu tradisional, kegiatan ini dipanggil “meramu”.
2. Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi mendapatkan beras, garam dan kain.
Perkembangan pusat perdagangan di Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasil
hutan dijual kepada pedagang-pedagang asing.
Pertukangan
1. Antara kerja-kerja pertukangan ialah bertukang, bertenun, menganyam kain dan
menghasilkan kraftangan. Kegiatan pertukangan melibatkan pertukangan kayu seperti
membuat rumah dan sampan serta pertukangan logam seperti membuat alat-alat
senjata.
2. Di samping itu,terdapat juga aktiviti meembuat periuk belanga daripada tanah.
Penduduk di Pantai Timur juga menjalankan aktiviti menenun kain, songket dan
membuat alat penangkapan ikan terutamanya pada musim tengkujuh.
ii. Ekonomi Komersial
Pertanian Dagangan
1. Sebelum campur tangan British, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistem
ekonomi komersial berlandaskan pertanian dagangan.
2. Awal abad ke-19, ladang-ladang gambir yang luas milik kongsi Cina telah dimajukan
di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor,lada hitam dan gambir
diusahakan di antara tahun-tahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di
bawah sistem Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan di
Singapura dan Eropah
3. Di Seberang Prai, buah pala,cengkih dan tebu telah diusahakan oleh saudagarsaudagar
Eropah pada awal abad ke-19.
4. Ubi kayu ditanam di Melaka pada pertengahan abad ke-19. Dianggarkan pada tahun
1860, terdapat kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di Melaka.
Perlombongan
1. Pada peringkat awal aktiviti perlombongan dijalankan secara kecil-kecilan. Pembesarpembesar
Melayu berperanan sebagai pengeluar modal seperti Long Jaafar dan Ngah
Ibrahim di Perak.
2. Bijih timah,bijih besi dan emas merupakan hasil perlombongan yang terdapat di Tanah
Melayu. Perlombongan bijih timah tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung
Tanah Melayu. Di Perak, bijih timah di kawasan hilir Perak dan Kinta diusahakan pada
abad ke- 19 oleh pelombong cina dari Pulau Pinang, contohnya Kapitan Chong Ah
Kwee. Kawasan Larut menjadi kawasan utama selepas 1840-an
3. Di Selangor, kawasan perlombongan Lukut dibuka oleh Raja Busu yang berasal dari
Kesultanan Selangor. Ramai saudagar negeri-negeri Selat melabur di Lukut. Lebih
daripada 20000 orang Cina menjalankan aktiviti perlombongan di Lukut. Kawasan
Kelang ialah kurniaan Sultan Muhamad kepada Raja Abdullah. Ia dieksport ke luar
pada tahun 1859
4. Di Negeri Sembilan pula, pelombong-pelombong cina telah melombong di Sungai
Ujong sejak 1828. Kawasan ini berkembang pesat pada pertengahan abad ke- 19 di
bawah Dato’ Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana. Eksport bijihnya meningkat
daripada 7000 pikul pada tahun 1830-an hingga 20000 pikul pada tahun 1855.
Kebanyakan bijih dari sini dieksport ke negeri-negeri Selat terutamanya Melaka
5. Lombong-lombong bijih timah dibuka di Melaka seperti kawasan Durian Tunggal,Air
Panas dan Kesang telah dibuka sekitar tahun 1840-an
6. Di Pahang,kegiatan perlombongan bijih timah diusahakan di Kuantan oleh saudagarsaudagar
negeri-negeri Selat
Perdagangan.
1. Kegiatan ini dilakukan oleh rakyat,pembesar dan golongan bangsawan. Orang
Melayu mula terlibat dengan perdagangan antarabangsa dengan adanya pelabuhan
seperti Melaka,Pulau Pinang,Kedah dan Johor lama. Contohnya di Terengganu
kegiatan perdagangan dengan China menjelang tahun 1830. Masyarakat Cina
Terengganu sudah pun mempunyai seorang kapitan Cina. Sultan Omar
menggalakkan perdagangan luar yang mengeksport emas,bijih
timah,kopi,pinang,rotan dan damar.
2. Barangan lain yang dibeli ialah tembikar,candu dan kain dari pedagang Cina,Arab
dan India.
3. Pahang mengeksport bijih timah dan kapur barus serta mengimport sutera dan kain
dari Jawa.
4. Johor mengeksport gading gajah,tanduk badak ,bijih timah dan pinang kering.
5. Kaum wanita di Kelantan berniaga di pasar-pasar pada abad ke-19 hingga sekarang.
6. Penggunaan mata wang melancarkan jual beli dan perdagangan.
Perhutanan
1. Kegiatan perhutanan yang dijalankan oleh masyarakat Tanah Melayu ialah mencari
rotan, getah perca dan pembalakan.
C. KESIMPULAN
1. Kesimpulannya, sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan Barat
merupakan sistem ekonomi sara diri dengan tumpuannya ke atas pertanian dan sistem
ekonomi komersial yang berat kepada pertanian dagangan, perlombongan dan
perdagangan
2. Tanah Melayu begitu kaya dengan hasil alam sehingga perdagangan dapat dijalankan
dengan negara-negara Eropah dan negeri-negeri Selat sejak awal abad ke- 19 lagi.
3. Kekayaan hasil bumi ini juga menarik ramai saudagar Cina dan Eropah menanam
modal dalam perusahaan pertanian dagangan dan perlombongan

No comments:

Post a Comment