Saturday 19 December 2015

hantaran tinggi atau rendah lebih baik.

Dunia sekarang semua perlukan duit x kira la nak masuk tandas ka, mandi ka or apa-apa la. tapi yang menarik perhatian aku pada zaman sekarang adalah hantaran. mai kita paham sikit2 tentang hal ini.

Apa itu mas kahwin? 
Mahar atau lebih dikenali sebagai mas kahwin merupakan pemberian wajib kepada isterinya. Sekiranya suami masih lagi berhutang mas kahwin, maka si isteri berhak menolaknya untuk bersama. Sekiranya mahar diberikan kepada isteri, maka wang tersebut adalah hak sepenuhnya kepada wanita tersebut tetapi mas kahwin ini ikut negeri masing-masing yang telah ditetapkan oleh pejabat agama negeri.
Apa itu hantaran?
Hantaran merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan. Pada zaman ini, kadarnya berbeza-beza sehingga ada yang meletakkan nilai mengikut kelulusan wanita tersebut. Jangan terkejut pada zaman sekarang nilai hantaran RM10 ribu pun dianggap rendah. Sekiranya hantaran tersebut diberikan kepada wanita itu, maka wang tersebut dianggap milik keluarganya. Keluarganya boleh mengambil wang tersebut untuk digunakan untuk menanggung kos majlis kenduri kahwin dan sebagainya tetapi bukan kah zaman sekarang zaman taraf hidup dah naik patutnya pihak perempuan kena la faham si lelaki mengambil anak dia secara baik jangan la letak tinggi. dengan sekarang barang semua naik gaji x naik-naik x kan hantaran pun naik naik. tapi kan kalau si isteri pandai mengaji, beradab, pandai jaga rumah tangga tu kalau mahal pun x kisah berbaloi ceq oi.
Nilai ukur wang hantaran
Bagi pihak perempuan, janganlah terlalu meletakkan harga yang tinggi kepada bakal pasangan lelaki. Hantaran yang terlalu tinggi akan menyebabkan pihak lelaki akan berasa tertekan kerana asyik memikirkan tentang wang hantaran sahaja. Fikirkanlah, perkahwinan bukan sehari dua. Bayangkan jika pihak lelaki sanggup berhutang pinjaman untuk membayar wang hantaran, mungkin selepas lima tahun pinjaman masih lagi belum selesai. Terbeban bukan? aku teringat kisah p ramlee bagai mana ibu si sudin nak buat majlis besar besaran tetapi sudin tidak setuju yang bestnya ada satu pergaduhan di tepi rumahnya yang menyebut tentang hantaran yang mahal yaang terpaksa di tanggung oleh si suami.
Pilih isteri yang bekerjaya boleh membantu suami
aku x kata pilih yg kerja ja tapi si suami tiada hak nak minta duit gaji si isteri tetapi jika isteri niat utk membantu si suaminya tidak salah. niat lah sedekah . sebab itu kita kena cari isteri yang paham kita dan bekerjaya kalau ada masalah kewangan yg sikit2 si isteri boleh tolong topupkan dan tidak memnambahkan hutang si suami.

No comments:

Post a Comment