A. PENDAHULUAN
1. Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum
campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri,
daerah dan kampung.
2. Unit politik tertinggi ialah negeri – diketuai raja/sultan/YDP Besar
3. Unit kedua ialah daerah – diketuai seorang pembesar daerah.
4. Unit terkecil ialah kampung – diketuai seorang penghulu/penggawa.
ISI
(A) – Peringkat Negeri
1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar.
2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ Yang di Pertuan Besar.
3. Sultan/raja berkuasa mutlak. Cth: Menjatuhkan hukuman bunuh.
4.
Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh
pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan
pentadbiran peringkat negeri.
5. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota.
6. Perlantikan sultan/raja..
a.
sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri Melayu. Contoh:
Perak – sistem perlantikan sultan berbeza sedikit daripada negeri-negeri
Melayu yang lain, melalui sistem penggiliran (Raja Di Hilir, Raja
Bendahara, Raja Muda, Sultan).
b. N.Sembilan – perlantikan dari pada
bawah ke atas (demokrasi), Perut-Buapak-Lembaga-Undang-Yang Dipertuan
Besar. Kuasa tertinggi ialah Yang Di Pertuan Besar dibantu 4 orang
Undang – Sg Ujung, Rembau, Jelebu dan Johol.
c. Kedah – Gelaran berbeza, pembesar memakai gelaran Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung.
7.
Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan
terkena tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa, warna – payung
kuning untuk kerabat dan payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran,
alat muzik dan cop mohor.
(B) – Peringkat Daerah
1. Unit
pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada
beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
2. Pembesar diberi surat tauliah yang bercop mohor oleh Sultan/Yang Dipertuan Besar.
3. Jawatan pembesar akan diwarisi secara turun temurun.
4. Pembesar mesti menunjukkan taat setia kepada sultan seperti :
5. Menghadiri istiadat pertabalan.
6. Adat menjunjung duli.
7. Pembesar perlu menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pegangannya yang dikenali sebagai kawasan pemakanan.
8. Tugas-tugas pembesar daerah:
a. Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat sebagai taat setia pembesar.
b. Menyediakan tentera
c. Menyediakan kerahan tenaga
d. Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
e. Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang melakukann jenayah.
f. Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.
9.
Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat
yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan
pengaruh seseorang pembesar.
(C) – Peringkat Kampung
1. Unit pentadbiran paling kecil
2.
Ditadbir oleh pembesar daerah yang dilantik oleh sultan daripada
kalangan keluarga baik-baik.Contoh: Penghulu atau Tok Kweng di Kelantan.
3. Penghulu masih berada di bawah kawalan pembesar daerah walaupun mempunyai surat tauliah daripada Sultan.
4. Menjadi perantara antara penduduk dengan pembesar daerah.
5. Tugas-tugas penghulu
a. Memungut cukai
b. Menjaga keamanan kampung
c. Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
d. Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
e. Mendapatkan tenaga buruh.
f. Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.
KESIMPULAN
1. Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik
2.
Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami perubahan drastik
selepas campur tangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan
pembesar-pembesar Melayu khususnya dalam bidang politik dan ekonomi.
No comments:
Post a Comment