Monday 20 November 2017

PIALA AIDIL ZAQUAN 2017 KATEGORI BAWAH 12 TAHUN – KEJOHANAN TERBESAR BOLASEPAK PERINGKAT AKAR UMBI DI NEGERI SEMBILAN EDISI KE-2

Kejohanan ini mula diperkenalkan pada November 2016 yang merupakan edisi pertama dan telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Sikamat Seremban.

Nama kejohanan ini bersempena nama pasangan kembar Aidil Zafuan Abd Radzak dan Zaquan Adha Abdul Radzak yang merupakan penaung akademi dan kelab bolasepak akar umbi yang berpusat di Seremban 2 iaitu S2FC.


S2FC merupakan penganjur rasmi kejohanan ini dan kelab ini diterajui oleh abang pasangan kembar ini yang merupakan Presiden kelab. Kejohanan ini membolehkan negara tidak ketandusan pelapis bola sepak menjelang malaysia akan layak ke piala dunia pada 2050. Ini boleh memberi pendedahan baru kepada para pemain dalam kejohanan yang besar dan mematangkan pemain kejohanan lain.

Kejohanan tahunan ini disertai sebanyak 32 buah pasukan kelab dari seluruh negara melibatkan 384 pemain, 96 jurulatih dan pengurus pasukan serta ibubapa yang turut hadir sebagai tanda sokongan kepada anak masing-masing.

Kejohanan ini turut mendapat tajaan dari Nike Malaysia serta beberapa penaja-penaja lain.

Tetamu VIP yang turut hadir pada edisi yang lalu ialah Aidil Zafuan Abd Radzak, bekas jurulatih kebangsaan En B.Sathianathan serta beberapa pemain dan bekas pemain negeri/kebangsaan yang lain.

Pada tahun ini pasangan kembar ini akan berada di venue kejohanan serta beberapa tetamu jemputan yang lain. mereka juga sungguh membangga kerana banyak bakat bakat baru yang telah terlihat dalam kejohanan ini dengan harapan negara tidak akan ketandusan pemain bola sepak pada masa hadapan.




No comments:

Post a Comment