Jika direnung kembali
tak semua awan putih yang sama
tak semua api merah yang sama
dan juga manusia juga
tak semua jahat ada baiknya
jika kembali kepada dahulu
sakit jumpa dukun
rindu jumpa dukun
sayang pun jumpa dukun
tapi adakah dukun tuhan?
jika semuanya baik
tiada syaitan
tiada firaun dan
tiada neraka
jika suka kepadanya
mungkin sayangnya ada
mungkin cintanya ada
dan mungkin jodohnya ada
jika terbang ke langit
nampak manusia sahaja
durjana belaka
hilang kemanusiaan sudah
jika kembali kepada satu
mungkin neraka
mungkin seksaan kubur
mungkin syurga
jika cinta seseorang
jatuh cinta mungkin
teringat dia mungkin
jodoh mungkin
No comments:
Post a Comment